Monday, October 22, 2012

:: BabY AiNuL SakiNaH ::

Assalamualaikum...

lama x update lagi...
kemalasan yang memuncak..
huhu...

ape2 pun, update terkini...
Amirul dah ade adeq...
baby gurl...
baby ainul sakinah..
alhamdulillah...

pejam celik...pejam celik...
jangan sampai tido udah yer..huhu...
err...cont.. :)
baby ainul sekarang dah nk 3 bulan...
huhu...

nah, amik ni gamba baby ainul

ok....jumpa lagi...
tata....


Sunday, July 22, 2012

:: Panduan & Hukum Ibu Hamil Berpuasa ::



Salam semua...
Salam Ramadhan ...
yeah...mama puasa jugak...huhu..alhamdulillah...
nyway, nak share jugak panduan bagi ibu2 yang tgh pregnant ni... :) 

ibu_mengandung
foto : Pakcik Google

Jadi kat bawah ni ada beberapa panduan yang boleh digunakan untuk para ibu-ibu yang sedang hamil untuk melaksanakan rukun Islam yang ke-3 ni....hihi

Panduan dibawah ini diambil dari http://paramedik.bbfr.net/
"KEHAMILAN merupakan suatu perubahan fisiologi wanita yang berlaku untuk tempoh sembilan bulan dan disusuli dengan tempoh berpantang". wanita yang hamil juga ada kalanya ingin berpuasa
Namun, terdapat beberapa aspek perlu difahami mengenai amalan puasa bagi wanita yang sedang hamil.

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) Dr. Adilah Ahmad manusia normal juga ‘berpuasa’ pada setiap malam sewaktu tidur.
“Bezanya sewaktu tidur kita tidak melakukan aktiviti lain. Tidur malam secara purata iaitu lapan jam berterusan juga tanpa disedari menyebabkan kita berpuasa dalam tempoh tersebut.
“Penyesuaian pengambilan pemakanan yang mencukupi dalam tempoh terhad ini secara prinsipnya tidak mendatangkan masalah besar.
“Bagaimanapun, jika berpuasa dikhuatiri akan menjejaskan kehamilan, maka seseorang bolehlah untuk tidak berpuasa,” ujarnya.

Berkongsi panduan bagaimana ibu hamil yang ingin berpuasa, beberapa panduan dari Dr. Adilah:
  1. “Sebaik-baiknya sebelum ibu hamil mengambil keputusan untuk berpuasa, mereka perlu mendapatkan nasihat doktor masing-masing sama ada boleh berpuasa atau sebaliknya
  2. “Wanita yang mempunyai masalah seperti kencing manis kronik, darah tinggi, masalah ulser, sistempencernaan dan sebagainya, mungkin dinasihatkan doktor agar tidak berpuasa,’’ katanya.
  3. Selain itu, beliau menasihatkan ibu hamil mengambil makanan dan minuman yang mengandungi keperluan zat makanan yang diperlukan seeloknya dalam kuantiti mencukupi, sama seperti sewaktu beliau tidak berpuasa. Cara pengambilannya sahaja yang diubah kepada tempoh sewaktu berbuka puasa sehingga waktu bersahur sahaja.Ini sangat penting. Penambahan berat badan yang sepatutnya juga perlu dipastikan sekitar setengah kilogram setiap minggu apabila melepasi bulan keempat.

piramida makanan

Seterusnya, pastikan mengambil kalori (kcal) makanan yang sihat iaitu berjumlah sekitar 25 hingga 30 kcal bagi satu kilogram berat badan individu (secara purata di antara 1,800-2,000 kcal setiap hari).

Keperluan zat makanan pula hendaklah seimbang mengikut piramid makanan yang disarankan dengan pengambilan karbohidrat sebanyak 50 peratus, protein 30 peratus dan lemak 10 hingga 20 peratus.

Ibu-ibu hamil juga:
  1. memerlukan air yang mencukupi, sekurang-kurangnya dua liter setiap hari (bersaiz empat botol kecil air mineral atau lapan hingga 10 gelas) bagi membantu mengurangkan dehidrasi atau kekeringan.
  2. elakkan membeli-belah atau berjalan-jalan terutamanya di tengah panas supaya kekal segar dan tidak berlaku dehidrasi.
  3. ambil makanan tambahan seperti pil vitamin dan kalsium pada waktu malam dan bukannya sewaktu bersahur bagi mengurangkan kesan sampingan akibat ubat seperti loya dan pening kepala
  4. melambatkan waktu bersahur kepada jam terakhir sebelum imsak serta tidak melambat-lambatkan berbuka apabila sampai waktunya bagi membantu mengurangkan tempoh berpuasa kepada hanya perlu sahaja

Sesetengah ibu hamil yang berpuasa mengalami ketosis iaitu masalah yang berlaku dalam keadaan kelaparan yang lazimnya terjadi apabila berpuasa melebihi 16 jam terutamanya bagi wanita yang mempunyai penyakit kencing manis ataupun penyakit kurang zat makanan.

"Situasi tersebut akan menghasilkan bahan ketone yang mungkin boleh memberi kesan negatif kepada wanita dan perkembangan janin dikandungnya"

Jadi, menurut Dr. Adilah lagi, wanita hamil juga perlu mengenalpasti isyarat tubuh sendiri. 
“Jika ibu yang hamil sedar, mereka sememangnya tidak mengambil keperluan pemakanan yang mencukupi dan tidak bermaya, atau mengalami simptom-simptom hipoglisemia iaitu kekurangan gula dalam darah dan pening kepala, berpeluh-peluh dan sebagainya, mereka dinasihatkan berbuka puasa,” pesannya.


Perubahan kehamilan untuk menyesuaikan diri ketika berpuasa.
* Trimester pertama (tiga bulan pertama kehamilan). 
Petanda-petanda morning sickness seperti tekak loya, pening kepala dan tidak berselera makan. 
Pilih makanan bersesuaian dan kurang mengambil makanan berminyak serta gandakan meminum banyak air. 
Pengambilan pil asid folik pula pada sebelah malam dan bukannya sewaktu bersahur supaya kesan sampingan seperti berasa loya dan bau ketika sendawa.

* Trimester kedua (bulan ke-4, 5 dan 6 kehamilan) 
Pada waktu ini morning sickness dijangka telahpun reda, namun berlaku penurunan tekanan darah dari paras biasa menyebabkan ada yang mudah pitam terutamanya jika berdiri untuk tempoh yang lama. Minum air yang mencukupi selepas berbuka puasa serta tidak berdiri lama dapat mengurangkan masalah ini.

* Trimester ketiga (bulan ke -7 hingga kelahiran) 
Wanita lebih mudah penat apabila bergerak akibat saiz kandungan yang semakin besar. Banyakkan berehat dapat membantu.


ok??? ibu-ibu??? heheh..
baeklah...jumpa lagi...
wassalam.....

Tuesday, July 10, 2012

:: Amirul & BURH!!! ::

Assalamualaikum...
waaahhh...lama rupenyer x update ni yer..huhu
btw, amirul dah setahun 4 bulan...
alhamdulillah...
perkembangan terkini??
dah pandai selongkar almari...uh??hehe
selain tu...dah try nk ikut bercakap..alhamdulillah..

latest favorite amirul ni..
main tepon mama nak tengok / dengar sounds..
motosikal...birds...dogs....lagu.....
uh???? asyik dog & burh! jer kebelakangan ni...hehehe

nyway...layan jer...huhuhuuu

tataaaaaaa.........

Monday, April 16, 2012

:: Adik = GurL or BoY???? ::

Assalamualaikum....

hm...di kebosanan ini mama nak update blog lah...
hehehe...
Lately salu jer travelling...
Fly sana...fly sini...
Amirul?? Terpaksa Mr. Mama yang jaga...
Kesian Ateh...huhu
Ni pun baru balik JB...
Tunggu Ateh balik keje, mama lepak ofis jugak...
Sambil-sambil, leh update + layan radio...

Hm, cam tak masuk topic lagi jer kan??
hehe...
yer, insyaallah..kalau rezeki, Amirul nk dapat adik..
laki ke pompuan???
jeng...jeng...jeng...............
wait n see....heheh

aritu dah scan, tapi x dapat amik gamba coz baby malu-malu nk tunjuk muka..
nanti ler try lagi...
ni gamba 3D scan Amirul aritu...
sebijik camtu ler muka yang kuar.....hahaha

so, ingatkan nak scan si adik camni jugak..
tapi x nampak pulak aritu...
xpe, next time cuba lagi..heheh

ok laa...
sampai sini dulu...
next update leh ler cakap laki ke pompuan k...hehehe...

wasalam......

Tuesday, March 13, 2012

:: 07.03.2012 --> Amirul's 1st Birthday ::

Assalamualaikum..

07.03.2012 dah pun berlalu..
mama pulak baru nak update..huhu
Setahun dah pun umur baby Amirul Rifqi...
yeaaahhhh~~~~

Gigi dah 7, nak masuk 8 rasenye tu..huhu
aktiviti menggigit masih lagi aktif
ganas betul budak ni..
hahaha
sekarang Amirul dah boleh jalan sendiri..
sikit-sikit..slow-slow..
OK ler tue~~~

masa birthday party mama tak sempat nak amik gambo...
huhu..
ni pun gambar curik dari profile ateh Mirul a.k.a abah...huahaha

:: BABY ANGRYBIRDS ::

ok Amirul...sampai di sini dulu...

Happy Birthday, Amirul Rifqi..
semoga jadi anak yang soleh...
dengar cakap org tua...
kurang nakal...
diberikan kesihatan yang baik...
jadi budak bijak, penyayang...
amin.....

Monday, February 13, 2012

:: coUntdowN to AmiRuL'S FiRsT BirThdaY ::

assalamualaikum....

wah, skali lagi blog ni menyepi...
lama giler tak update ni ha...
takde ar busy sgt pun...
cume malas menjelma..huhu

detik demi detik...
masa berlalu sungguh pantas kan...
tak terasa amirul dah nak setahun umurnyer...
meningkat umur, meningkat jugak perangainyer...
meragam jer..
lately salu pulak demam...
tumbuh gigi lagi???
tak kot...gusi ok jer...
tengok lah ni koleksi gigi amirul...haha

ha...sekarang ada 6 batang gigi semuanya....

aritu demam lepas pi mandi sungai ngan ateh (panggilan abah oleh mirul)
kene throat infection...
sebab tu taknak makan...
sekarang dah ok pun kurang nak makan..
hm...apesal lak ek???
nak tukar diet pulak ke???
nak bagi pe jer yang sesuai???
dah cuba tanya incik Google ni ha...
tapi menu cam biase jer...
taktau ler mirul ni nak yang camne ek...

ok lah, jumpa lagi k..!!
sebelum tu, meh tgk koleksi mandi manda pulak...
huhu...seksi...hahhaha

wassalam.... :)


Tuesday, January 10, 2012

RESEPIRAHSIAKU.COM: 15 RAHSIA KAABAH DI MEKAH

RESEPIRAHSIAKU.COM: 15 RAHSIA KAABAH DI MEKAH: adalah Maqam Ibrahim. Maqam Ibrahim dalam erti kata di sini adalah tempat pijak Nabi Ibrahim bukannya ku

Friday, January 6, 2012

:: AmiRuL: GiGiT & TiDuR ::

Assalamualaikum....

Lama rupenyer dah tak update blog ni ek....
takde la busy sangat pun..
malas nk menaip jer kot..hehe...
hmm...pelik je tajuk kali ni kan???haha...
ni cite pasal si encem yg suke sangat nk menggigit org dan...
err...japgi ar citer k.. :)

apa2 pun, amirul dah 10 bulan...yeahh!!!
oppsss...hehe
cepat jer masa berlalu kan...
dah semakin aktif dan kuat menggigit budak ni...
yela, gigi dah 6..huhu
tengok.....besar2 gigi dia nih......
*sile rujuk video di bawah...kui3*

haa....nampak??? hehe...
gigi dah semakin byk, tapi kurang pulak nk makan..
memang camtu ek??

lagi satuuuuuu....
bile dah besar sikit ni ingatkan senang nk tido..
rupa2nyer, makin susah nk tido...
asal nk tido je, ngamok dulu...
mata ngantuk tapi taknak tido lagi...
bila dah tido, awal pulak bangun paginyer....
huhu...awal sangat  nk main2 yer...
ni belum tahap pandai jalan lagi..
silap2, turun katil sendiri nanti...huhu..

*tetiba ade abah a.k.a "atiey" amirul ni enteprem..huhu"
.
.
.
.

ok la, sehingga ketemu lagi.....
wassalam..... :)